Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

162 menerima Pingat Kerja Lama

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Julai. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L.) Bagi Tahun 2023 Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77 Tahun bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis diadakan di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengiran Muhammad Faizal Akhbar bin Pengiran Salleh.

2_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG 4_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menyampaikan Pingat Kerja Lama (P.K.L).

Acara diteruskan dengan penyampaian Pingat Pingat Kerja Lama bagi Tahun 2023 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Pada kali ini, seramai 162 pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima pingat kehormatan berkenaan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

6_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG

PENERIMA Pingat Kerja Lama (P.K.L) daripada Kementerian Pembangunan.

7_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG

PENERIMA Pingat Kerja Lama (P.K.L) daripada Jabatan Kerja Raya.

8_162 menerima Pingat Kerja Lama.jpg

PENERIMA Pingat Kerja Lama (P.K.L) daripada Jabatan Tanah.

9_162 menerima Pingat Kerja Lama.jpg

PENERIMA Pingat Kerja Lama (P.K.L) daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

10_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG

PENERIMA Pingat Kerja Lama (P.K.L) daripada Jabatan Ukur.

11_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG

PENERIMA Pingat Kerja Lama (P.K.L) daripada Jabatan Kemajuan Perumahan.

12_162 menerima Pingat Kerja Lama.JPG

PENERIMA Pingat Kerja Lama (P.K.L) daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Pengurniaan Pingat Kerja Lama ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas jasa dan sumbangan kerja yang telah diberikan sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.

Attachments